Wednesday, August 6, 2008

Mengenali Syarikat AGROBIO NETWORK



AgroBio Network merupakan sebuah syarikat yang menjalankan projek-projek pertanian, perternakan, pengilangan dan juga pemasaran produk pertanian & ternakan. Ianya merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya dan beribupejabat di Kota Bharu, Kelantan. Ianya telah diasaskan oleh dua orang usahawan iaitu Dr Muhammad Zain Awang dan En Zulkifli Hassan pada awal tahun 2008.


Untuk peringkat permulaan, AgroBio Network terlibat dalam projek Penternakan Cacing Kompos Secara Komersial. Projek ini melibat proses penternakan cacing bagi menghasilkan baja kompos secara industri terutama di Negeri Kelantan.

AgroBio Network juga terlibat dalam menyediakan Program Usahawan Ternakan Cacing khusus kepada belia-belia dari seluruh negara. Melalui program ini, belia-belia yang berminat untuk menjadi usahawan, bolehlah mengikuti Kursus Teknologi Vermikultur & Vermikompos yang dianjurkan oleh AgroBio Network di seluruh negara.


PEMBIAYAAN MODAL

Setiap usahawan akan diberikan pinjaman sebanyak RM15,000 yang akan digunakan sepenuhnya untuk :


1. Membina Bangsal Ternakan Cacing (beratap rumbia) - berukuran 16' x 16'


2. Membina 3 buah Rak Kayu 3 tingkat untuk Ternakan Cacing Kompos - 8' x 4'


3. Membeli 10 kg Induk Cacing


4. Membeli 3 buah Keret Telaga untuk tujuan pengomposan jerami tinja lembu


5. Menyediakan peralatan penuaian pembungkusan



KURSUS USAHAWAN VERMIKULTUR AGROBIO


Setiap kursus Usahawan Teknologi Vermikultur akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 bagi setiap peserta. Pihak syarikat akan mengadakan kursus ini setiap bulan di

1. Kota Bharu - Sabtu Minggu 1
2. Kuala Terengganu - Sabtu Minggu 2
3. Kuantan - Sabtu Minggu 3
4. Melaka - Sabtu Minggu 4

PENDAFTARAN KURSUS & BAYARAN

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini, anda bolehlah mendaftar dengan membuat bayaran ke Akaun CIMB : di atas nama AGROBIO NETWORK & TRADING dan SMSkan maklumat di bawah ke nombor 019-936 1498 atau 012-987 6936 atau email ke abn688@gmail.com :


NAMA PENUH ANDA

NO. KP

TEMPAT KURSUS

NO. SLIP BANK

JUMLAH BAYARAN



Contoh :[nama] [no.] [tempat] [no.] RM[jumlah]

AHMAD BIN ALI 660721-04-6835 KOTA BHARU 4731 RM250'

Nota : Sila bawakan salinan slip bank anda semasa hari pendaftaran kehadiran kursus.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program Usahawan Ternakan Cacing AgroBio Network, sila hubungi :


019-936 1498 - DR ZAIN

012-987 6936 - EN ZULKILFLI


No comments: