
Sebagai usahawan, anda seharusnya melihat beberapa faktor dalam memilih sesuatu perniagaan. Faktor utama adalah potensi dan permintaan terhadap produk yang ingin kita pasarkan nanti.
Salah satu bidang perniagaan yang sangat berpotensi pada masa ini adalah bidang yang terlibat dengan pertanian. Di antaranya adalah Projek Ternakan Cacing Kompos secara Komersial.
Projek Ternakan Cacing Kompos adalah satu bidang yang agak baru di negara kita ini. Bertepatan dengan dasar kerajaan Malaysia hari ini, yang ingin menjadikan hasil pertanian sebagai komoditi utama negara, maka saya berpendapat Projek Ternakan Cacing Untuk Penghasilan Baja Kompos adalah merupakan salah satu bidang perniagaan yang berpotensi dan menawarkan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.
Selain itu, projek ternakan cacing tidak memerlukan modal yang sangat besar untuk dimulakan. Unit BPEMB (Kementerian Belia & Sukan) juga menawarkan pakej pembiayaan sehingga RM15,000 tanpa perlu penjamin. Bahkan bayaran balik pinjaman adalah selepas 12 bulan perniagaan dan ini memberikan anda lebih banyak masa bagi mengembangkan perniagaan anda dengan berkesan.
Anda juga tidak memerlukan kawasan yang besar bagi membina bangsal ternakan cacing dan luas minima yang disyorkan adalah 17' x 16' bagi menempatkan 3 - 4 buah rak 3 tingkat.

(Klik pada gambar untuk zoom)

Atas : Contoh Bangsal Ternak Cacing
Selain itu, permintaan untuk induk cacing juga sangat tinggi di kalangan pengusaha-pengusaha baru, yang rata-rata memerlukan antara 5kg - 30 kg induk cacing dengan harga pasaran masih lagi bertahan di antara RM400 - RM600 per kg. Walaupun harga pasaran cacing kemungkinan akan turun dari semasa ke semasa, tetapi saya menjangkakan ianya tidak akan menurun di bawah harga RM50 per kg dan sekalipun dengan harga ini, ianya masih mampu memberikan anda pendapatan yang lumayan jika diusahakan dalam skala yang besar. Bayangkan jika anda mampu menghasilkan 200 kg induk cacing setiap bulan, dan harga pasaran adalah sebanyak RM50 per kg, anda mampu memperolehi pendapatan minima RM10,000 sebulan tidak termasuk jualan baja.
Dengan jumlah stok cacing 200 kg, anda mampu menghasilkan baja sebanyak 6,000 kg setiap bulan (anda memerlukan 7 buah rak 3 tingkat dengan saiz 8' x 4' yang dibuat dari kayu.
(Klik pada gambar untuk zoom)

PROGRAM USAHAWAN VERMIKULTUR AGROBIO NETWORK
Kepada anda yang berminat untuk menyertai Program Usahawan Vermikultur AgroBio Network, pihak kami akan membantu anda menguruskan permohonan pembiayaan sehingga RM15,000 dari BPEMB. (Anda hendaklah berumur tidak lebih dari 40 tahun ! dan mempunyai kawasan yang mencukupi untuk ternakan)
Setelah permohonan anda diluluskan, pihak AgroBio Network akan :
- membina sebuah bangsal beratap daun nipah berukuran 17' x 16' - RM5,000
- menyediakan rak kayu 3 tingkat berukuran 8' x 4' - RM1,600
- menyediakan 10 kg induk cacing permulaan - RM6,000
- menyediakan 200 kg x 5 media cacing - RM1,000
- menyediakan plastik pengalas cacing & pelindung cahaya matahari - RM100
- 5 buah kolah konkrit untuk pengomposan media - RM200
- Kos pembinaan & penyediaan & pengurusan - RM1,000
- Peralatan lain - RM100
JUMLAH PELABURAN ANDA adalah sebanyak RM15,000.
Penyediaan Media Cacing
Kami akan membantu anda dalam menyediakan sendiri bahan media cacing. Proses penyediaan media melibatkan :1. Usaha untuk mendapatkan Tinja Lembu atau Kambing / Biri-biri dan direndam selama seminggu bagi menghilangkan gas ammonia. (30%)
2. Usaha untuk mendapatkan jerami dan dimesin bagi memudahkan proses pereputan (30%).
3. Usaha untuk mendapatkan habuk kayu gergaji (40%)

Atas : Bahan Media direndam selama 2 minggu
Atas : Jerami Padi yang akan digunakan untuk membuat media
Atas : 30% Tinja lembu digunakan untuk penyediaan media
Atas : Cara bagaimana campuran jerami & tinja lembu dikomposkan

Tuaian Hasil Pertama : selepas 3 bulan
UNJURAN PENDAPATAN BULANAN ANDA UNTUK TAHUN PERTAMA

KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROJEK AGROBIO
Hubungi :
Dr Zain - 019-935 3650 atau 019-936 1498
En Zulkifli - 012-987 6936 atau 014-814 0370

No comments:
Post a Comment