Wednesday, August 6, 2008

Mencari Pendapatan Menerusi Penganjuran Seminar Pertanian & Penternakan



Pihak AgroBio Network menawarkan anda peluang menganjurkan Kursus Ternakan Cacing Untuk Penghasilan Baja Kompos di mana-mana lokasi di seluruh negara. Semua kos-kos penganjuran seminar akan ditanggung oleh pihak AgroBio Network (kecuali kos iklan). Pihak kami memberikan anda komisen sebanyak RM25 bagi setiap peserta bagi 50 orang pertama dan RM30 bagi 50 orang seterusnya dengan syarat jumlah penyertaan minima 50 orang. Bayaran kursus yang dikenakan sebanyak RM250 bagi setiap peserta (termasuk makan pagi, tengahari dan minum petang, sijil, fail kursus dan t-shirt).



Masa kursus adalah dari jam 10.00 pagi hingga pkl 4.00 petang. Tempat kursus seharusnya bilik seminar hotel bertaraf 3 bintang dengan kadar sewa tidak lebih RM600 sehari (tidak termasuk makan minum).

Anda mendapatkan peserta kursus, anda seharusnya membuat iklan dalam akhbar seperti Sinar Harian, Kosmo, Metro dsb sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 - 7 hari dan saiz iklan yang disyorkan di antara 7 cm x 7 cm dengan kos lebihkurang RM100 sehari.



Ini bermakna, jika anda memperolehi 100 orang peserta, kami akan membayar anda komisen sebanyak RM25 x 50 (untuk 50 peserta pertama) dan RM30 x 50 (bagi 50 orang seterusnya = 1,250 + RM1,500 = RM2,750 ! Bayangkan anda membuat 5 program di lokasi berlainan di seluruh negara, anda mampu memperolehi pendapatan yang sangat lumayan !

Kepada anda yang berminat untuk menganjurkan kursus Ternakan Cacing, sila hubungi : DR ZAIN - 019-9353650 / 019-936 1498 untuk maklumat lanjut.

Mengapa harus menyertai Projek Usahawan Ternakan Cacing ?




Ramai di antara kita yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Tapi yang menjadi masalah utama, kita masih tercari-cari apakah bidang perniagaan yang ingin kita ceburi.

Sebagai usahawan, anda seharusnya melihat beberapa faktor dalam memilih sesuatu perniagaan. Faktor utama adalah potensi dan permintaan terhadap produk yang ingin kita pasarkan nanti.

Salah satu bidang perniagaan yang sangat berpotensi pada masa ini adalah bidang yang terlibat dengan pertanian. Di antaranya adalah Projek Ternakan Cacing Kompos secara Komersial.

Projek Ternakan Cacing Kompos adalah satu bidang yang agak baru di negara kita ini. Bertepatan dengan dasar kerajaan Malaysia hari ini, yang ingin menjadikan hasil pertanian sebagai komoditi utama negara, maka saya berpendapat Projek Ternakan Cacing Untuk Penghasilan Baja Kompos adalah merupakan salah satu bidang perniagaan yang berpotensi dan menawarkan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.

Selain itu, projek ternakan cacing tidak memerlukan modal yang sangat besar untuk dimulakan. Unit BPEMB (Kementerian Belia & Sukan) juga menawarkan pakej pembiayaan sehingga RM15,000 tanpa perlu penjamin. Bahkan bayaran balik pinjaman adalah selepas 12 bulan perniagaan dan ini memberikan anda lebih banyak masa bagi mengembangkan perniagaan anda dengan berkesan.

Anda juga tidak memerlukan kawasan yang besar bagi membina bangsal ternakan cacing dan luas minima yang disyorkan adalah 17' x 16' bagi menempatkan 3 - 4 buah rak 3 tingkat.








(Klik pada gambar untuk zoom)




Atas : Contoh Bangsal Ternak Cacing


Selain itu, permintaan untuk induk cacing juga sangat tinggi di kalangan pengusaha-pengusaha baru, yang rata-rata memerlukan antara 5kg - 30 kg induk cacing dengan harga pasaran masih lagi bertahan di antara RM400 - RM600 per kg. Walaupun harga pasaran cacing kemungkinan akan turun dari semasa ke semasa, tetapi saya menjangkakan ianya tidak akan menurun di bawah harga RM50 per kg dan sekalipun dengan harga ini, ianya masih mampu memberikan anda pendapatan yang lumayan jika diusahakan dalam skala yang besar. Bayangkan jika anda mampu menghasilkan 200 kg induk cacing setiap bulan, dan harga pasaran adalah sebanyak RM50 per kg, anda mampu memperolehi pendapatan minima RM10,000 sebulan tidak termasuk jualan baja.

Dengan jumlah stok cacing 200 kg, anda mampu menghasilkan baja sebanyak 6,000 kg setiap bulan (anda memerlukan 7 buah rak 3 tingkat dengan saiz 8' x 4' yang dibuat dari kayu.







(Klik pada gambar untuk zoom)



Contoh Rak Kayu 3 tingkat




PROGRAM USAHAWAN VERMIKULTUR AGROBIO NETWORK



Kepada anda yang berminat untuk menyertai Program Usahawan Vermikultur AgroBio Network, pihak kami akan membantu anda menguruskan permohonan pembiayaan sehingga RM15,000 dari BPEMB. (Anda hendaklah berumur tidak lebih dari 40 tahun ! dan mempunyai kawasan yang mencukupi untuk ternakan)


Setelah permohonan anda diluluskan, pihak AgroBio Network akan :




  • membina sebuah bangsal beratap daun nipah berukuran 17' x 16' - RM5,000



  • menyediakan rak kayu 3 tingkat berukuran 8' x 4' - RM1,600



  • menyediakan 10 kg induk cacing permulaan - RM6,000



  • menyediakan 200 kg x 5 media cacing - RM1,000



  • menyediakan plastik pengalas cacing & pelindung cahaya matahari - RM100



  • 5 buah kolah konkrit untuk pengomposan media - RM200



  • Kos pembinaan & penyediaan & pengurusan - RM1,000



  • Peralatan lain - RM100


JUMLAH PELABURAN ANDA adalah sebanyak RM15,000.




Penyediaan Media Cacing

Kami akan membantu anda dalam menyediakan sendiri bahan media cacing. Proses penyediaan media melibatkan :



1. Usaha untuk mendapatkan Tinja Lembu atau Kambing / Biri-biri dan direndam selama seminggu bagi menghilangkan gas ammonia. (30%)


2. Usaha untuk mendapatkan jerami dan dimesin bagi memudahkan proses pereputan (30%).


3. Usaha untuk mendapatkan habuk kayu gergaji (40%)







Atas : Bahan Media direndam selama 2 minggu



Atas : Jerami Padi yang akan digunakan untuk membuat media






Atas : 30% Tinja lembu digunakan untuk penyediaan media




Atas : Cara bagaimana campuran jerami & tinja lembu dikomposkan








Tuaian Hasil Pertama : selepas 3 bulan

Jumlah Tuaian : 1,000 kg baja kompos


Nilai Baja Kompos : RM1,000 - RM2,000


Jumlah Cacing selepas 3 bulan : 20 kg (anggaran)




UNJURAN PENDAPATAN BULANAN ANDA UNTUK TAHUN PERTAMA




KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROJEK AGROBIO

Hubungi :

Dr Zain - 019-935 3650 atau 019-936 1498

En Zulkifli - 012-987 6936 atau 014-814 0370









Mengenali Syarikat AGROBIO NETWORK



AgroBio Network merupakan sebuah syarikat yang menjalankan projek-projek pertanian, perternakan, pengilangan dan juga pemasaran produk pertanian & ternakan. Ianya merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya dan beribupejabat di Kota Bharu, Kelantan. Ianya telah diasaskan oleh dua orang usahawan iaitu Dr Muhammad Zain Awang dan En Zulkifli Hassan pada awal tahun 2008.


Untuk peringkat permulaan, AgroBio Network terlibat dalam projek Penternakan Cacing Kompos Secara Komersial. Projek ini melibat proses penternakan cacing bagi menghasilkan baja kompos secara industri terutama di Negeri Kelantan.

AgroBio Network juga terlibat dalam menyediakan Program Usahawan Ternakan Cacing khusus kepada belia-belia dari seluruh negara. Melalui program ini, belia-belia yang berminat untuk menjadi usahawan, bolehlah mengikuti Kursus Teknologi Vermikultur & Vermikompos yang dianjurkan oleh AgroBio Network di seluruh negara.


PEMBIAYAAN MODAL

Setiap usahawan akan diberikan pinjaman sebanyak RM15,000 yang akan digunakan sepenuhnya untuk :


1. Membina Bangsal Ternakan Cacing (beratap rumbia) - berukuran 16' x 16'


2. Membina 3 buah Rak Kayu 3 tingkat untuk Ternakan Cacing Kompos - 8' x 4'


3. Membeli 10 kg Induk Cacing


4. Membeli 3 buah Keret Telaga untuk tujuan pengomposan jerami tinja lembu


5. Menyediakan peralatan penuaian pembungkusan



KURSUS USAHAWAN VERMIKULTUR AGROBIO


Setiap kursus Usahawan Teknologi Vermikultur akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.00 bagi setiap peserta. Pihak syarikat akan mengadakan kursus ini setiap bulan di

1. Kota Bharu - Sabtu Minggu 1
2. Kuala Terengganu - Sabtu Minggu 2
3. Kuantan - Sabtu Minggu 3
4. Melaka - Sabtu Minggu 4

PENDAFTARAN KURSUS & BAYARAN

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini, anda bolehlah mendaftar dengan membuat bayaran ke Akaun CIMB : di atas nama AGROBIO NETWORK & TRADING dan SMSkan maklumat di bawah ke nombor 019-936 1498 atau 012-987 6936 atau email ke abn688@gmail.com :


NAMA PENUH ANDA

NO. KP

TEMPAT KURSUS

NO. SLIP BANK

JUMLAH BAYARAN



Contoh :[nama] [no.] [tempat] [no.] RM[jumlah]

AHMAD BIN ALI 660721-04-6835 KOTA BHARU 4731 RM250'

Nota : Sila bawakan salinan slip bank anda semasa hari pendaftaran kehadiran kursus.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program Usahawan Ternakan Cacing AgroBio Network, sila hubungi :


019-936 1498 - DR ZAIN

012-987 6936 - EN ZULKILFLI